fbpx
Select Page

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Syukur pada Allah.Insya-Allah.

Saya yakin sebelum ini saya sudah membahaskan tentang 4KM (4 Keunikan

Manusia).

Saya berharap anda sudah khatamkan keempat-empat video sebelum ini di sini

Manusia Jenis Pertama

Manusia Jenis Kedua

Manusia Jenis Ketiga

Manusia Jenis Keempat

Pada kali ini kita akan bercerita tentang bagaimana untuk membina jadual 7 hari.

Saya akan menerangkan menggunakan konsep peta minda.

 

Apakah syarat-syaratnya?

 

 

(1)Tentukan Peranan/Tanggungjawab Dalam Kehidupan (Roles)

Contohnya:

Peranan sebagai bos jika anda peniaga,suami,ahli masyarakat dan sebagainya.

Maksimum sebanyak 7 peranan.

Ramai klien saya ingat peranan mereka.

Tetapi,lebih 90% klien saya terlupa peranan mereka sebagai Hamba Allah.

(2) Masukkan Keutamaan (Priority)

Apakah keutamaan bagi setiap satu daripada peranan yang anda senaraikan?

Bagi setiap 1 peranan,maksimum sebanyak 3 keutamaan.

Katakan anda ada 7 peranan,jadi 3 keutamaan setiap satu.

Jadi jumlah maksimum ialah 21 tugasan keutamaan yang perlu anda selesaikan

dalam jangka masa 7 hari.

Insya-Allah,kita akan bersambung dalam siri seterusnya.

Syazli Khamis

4 Keunikan Manusia