ASSALAMUALAIKUM
SAYA SYAZLI KHAMIS
SIAPA SAYA
Saya budak pandai.Berbelas ‘A’ semasa peperiksaan sekolah rendah dan menengah.
2008-2016 bertungkus lumus di universiti, namun saya gagal menamatkan pengajian ijazah sarjana muda.
8 tahun ini merupakan zaman kegelapan saya.
Semasa pengajian,saya bernikah dengan seorang doktor perubatan.
Sehinggakan seseorang mengatakan kepada saya,
“Kau tak malu ke kahwin dengan doktor perubatan?“.
Ketika itu saya merupakan seorang lelaki yang tiada pendapatan dan tiada pendidikan.
Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang ucapan tersebut.
Tahun 2015,Allah anugerahkan saya seorang anak lelaki.
Semakin bergetar,terketar-ketar dan gementar.
Saya mula tergerak untuk mengkaji tentang manusia berasaskan konsep 3K:
KEKUATAN
Saya cuba bercinta dengan diri sendiri.Merenung kekuatan dan kelebihan yang Allah kurniakan .Berfikir kenapa saya pernah disanjung di puncak,kemudian jatuh merudum ke lubang yang maha dalam?Hidup saya lebih banyak menyendiri daripada bermasyarakat.
KELEMAHAN
Duduk termenung menyenaraikan 23 kelemahan diri di atas kertas mahjung.Kelemahan diri bukan untuk disesali.Apatah lagi untuk dicanang ke sana dan ke sini.Hakikatnya agar sang hamba itu sedar ,bahawasanya terdapat empunya kuasa mutlak yang sentiasa perkasa.
KELENGKAPAN
Peristiwa duduk di bucu katil sambil bersembang dengan isteri masih segar di dalam ingatan.Sementara menunggu masa untuk mengambil anak,kami bercerita tentang kekuatan-kelemahan. Rupa-rupanya kami berdua sangat berbeza tetapi saling melengkapi.
SEDAR TAK SEDAR DAH MASUK TAHUN ke-8 SAYA MENGKAJI TENTANG MANUSIA DAN PERKAITANNYA DENGAN PENGURUSAN MASA.
HAKIKATNYA,MANUSIA BUKAN TERBAHAGI KEPADA DUA (LELAKI DAN PEREMPUAN) SAHAJA,TETAPI ADA EMPAT…
MANUSIA JENIS PERTAMA
Mereka merupakan golongan IDEA.Sekali buka mulut menderu-deru cakapnya seumpama mesingan.Buah fikirnya bombastik.Jika bersembang semua boleh jadi,tiada yang mustahil.Sehingga gajah pun boleh terbang.Tetapi bila bab pelaksanaan,krik…krik..krik.Pelbagai alasan tercipta untuk menghalalkan kelalaian diri sendiri.
MANUSIA JENIS KEDUA
Golongan ini kaya dengan PERINCIAN.Setiap tindak-tanduk mereka tersusun,bersistematik dan terancang.Kesemua perancangannya tip-top.Cabaran utama menyediakan perancangan agung ini ialah desakan masa.Mereka memerlukan masa yang sangat lama untuk menyusun atur daripada A-Z.
MANUSIA JENIS KETIGA
Individu ini kaya dengan TINDAKAN.Semuanya berasaskan matlamat dan gerak kerja yang pantas.Walau apapun yang berlaku kerja mesti beres.Seolah-olah memang dilahirkan sebagai ketua.Bila mengeluarkan arahan yang keras,pasti ada insan berjiwa lembut akan terasa hati.Jadi lebih senang buat sendiri.Akhirnya tersungkur kepenatan.
MANUSIA JENIS KEEMPAT
Golongan ini kaya dengan KESEMPURNAAN.Mempunyai daya fokus yang tinggi.Corak pemikiran bersifat dwikutub.Sama ada betul/salah,boleh/tidak boleh dan hitam/putih.Tiada ruang pembahagi antara kedua-duanya.Tersangat privasi.Hanya membenarkan orang tertentu untuk mendekati dan dihormati.
BUKU KHATAM SETIAP MINGGU
HALAMAN PENULISAN MINGGUAN
HELAI KERTAS A4 SETIAP 90 HARI
KLIEN YANG TELAH DIBANTU
APA KATA KLIEN SAYA
Kegagalan di universiti sangat menyedihkan.
Apabila mengisi sebarang borang permohonan, saya hanya menggunakan Sijil SPM sahaja sebagai kelayakan tertinggi.
Sudah pasti ada jalan pintas ke arah kejayaan.
Orang kata,
“Kalau nak berjaya kena berguru dengan mereka yang telah berjaya”
Kemanisan menuntut ilmu semakin meriah apabila saya berkesempatan melakarkan nota insan-insan hebat ini.
JEMPUT BACA ARTIKEL
Hadiah Pahlawan Harta Tanah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُAlhamdulillah.Seperti yang saya janjikan inilah hadiah-hadiahnya. 10 Sumber Rujukan (1) Tiny Habits-Bj Fogg (2) Even...
Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSejak 2016 saya merupakan seorang Evernote Certified Consultant (ECC). Jujurnya saya hanya menggunakan Evernote sebagai...
COVID-19 & Masa Bersama
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kalian sudah tahu anak saya (Muhammad) tidak bersekolah sejak mula Covid-19 kan? Waktu cuti PKP itu dia memang mengekor...