fbpx
Select Page

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Syukur pada Allah.

Pertama kali ini saya akan bercerita tentang Syazli Khamis.

Eh,cerita diri sendiri pula.

Yela,tak kenal maka tak cinta kan?

Begitulah.

Saya akan bercerita tentang latar belakang diri sendiri .

Juga bagaimana saya terjebak dalam bidang kajian keunikan manusia dan pengurusan masa.

Saya merupakan pelajar yang sangat cemerlang.

UPSR : 4 A 1B

PMR  : 8A 1B

SMA  : 84%

SPM  : 10A 2B

Saya merupakan pelajar aliran agama.

Semasa tingkatan 4 ada peperiksaan SMA.

SMA itu nama panjangnya Sijil Menengah Agama.

SMA merupakan pelajaran sukatan al-azhar.

Ada tafsir,hadis,tauhid,fekah,bahasa arab dan sebagainya.

Saya dapat pangkat jayyid jiddan.Dapat 84%.

Tingkatan 4 dan 5,saya meneruskan pengajian dalam bidang aliran sains tulen.

Kena ambil fizik,biologi dan kimia.

Jumlah kertas SPM sebanyak 12 subjek.

Termasuklah kertas pengajian syariah islam,pendidikan quran sunah dan bahasa arab.

Banyak kan?

Semasa SPM saya mendapat 10A.

Ketika inilah,saya disanjung dan dilambung.

Budak pandai kan?Berbelas-belas A okay.

Habis SPM, saya menyambung ke kolej matrikulasi.

Kerana saya tak mendapat tawaran masuk IPTA.

Sadis gila.

Dah tiada pilihan,kita pun ambillah apa yang ada.

Saya dapat PNGK 3.57.

Isi sekali lagi untuk masuk IPT.

Akhirnya,dapat jugalah masuk ‘U’.

Dapat jurusan kejuruteraan kimia (biokimia) di sebuah IPTA.

Bermula 2008 sehingga 2016.Pulun punya pulun.

Tetapi,saya tetap gagal menghabiskan ijazah sarjana muda.

Maka,

Tamatlah riwayat saya sebagai pelajar yang cemerlang.

Ketika inilah saya dikeji dan diperli kerana gagal.

Pelajar yang pernah disanjung dan dilambung.

Kini,dipandang sepi.

Dalam bidang akademik saya pernah cemerlang.

Dalam bidang akademik juga saya kecundang.

Saya hairan.

Orang lain pun hairan.

Semasa saya di universiti,

Emak saya sakit.

Paru-paru beliau tidak mampu mengepam udara keluar dan masuk peparunya.

Sehinggakan,doktor perlu menebuk leher ibu saya.

Auch.Sangat emosi.

Selama 30 hari di hospital ‘islam’ swasta.

Ditukar pula ke hospital kerajaan.

Genap 35 hari di ICU,

Allah tarik nyawa ibu saya.

Sayalah orang yang berada di telinga emak saya sambil mengajar,

 

لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّٰهِ

Emak saya pun pergi,roh dan jasad.

Roh saya pula hilang entah ke mana.

Itulah zaman kejatuhan saya.

Saya hidup dalam keadaan terumbang-ambing.

Saya berkahwin ketika saya merupakan seorang lelaki yang:

(1) Tiada pelajaran

(2) Tiada pendapatan

 

Ketika zaman kegelapan itulah…

Saya berjumpa sebuah karya agung berjudul.

7th Habits Of Highly Effective People oleh Stephen Covey

Dalam buku tersebut,ada bab 3 bertajuk put first thing first.

Dalam bab tersebut ada satu jadual.

Saya pun membuat salinan jadual hitam putih tersebut di atas sehelai kertas A4.

Saya lipat jadual tersebut dan masukkan ke dalam poket.

Saya bawa ke mana-mana.

Jadual itu saya akan penuhkan apa yang saya nak buat dalam masa 7 hari.

Apa yang saya rancang,saya tulis ke dalam kertas A4.

Syukur pada Allah.

Hidup saya yang sebelum ini rasa kosong,rasa terisi.

Walaupun poket belum berisi.

Kemudian saya rasa tergerak hati,

Nak kongsikan dengan masyarakat di luar.

Saya pun mula hidupkan media sosial (yang dah lama tak buka).

Saya muat naik status,

“Siapa yang nak tahu tentang cara buat jadual 7 hari,

Sila mesej di talian 01**********”

Entah siapa-siapa,yang mesej.

Jadi,kami pun membuat temu janji untuk berjumpa.

Ada yang saya jumpa di restoran,kedai mamak dan masjid.

Dalam masa 2 jam,

kesemua klien saya itu berjaya menyiapkan jadual 7 hari.

Syukur pada Allah.

Tetapi saya pelik.

Saya berjumpa klien X,dia buat jadual 7 hari.

Bila jumpa sekali lagi,X dah tak buat jadual itu.

Saya berjumpa klien Y,dia buat jadual 7 hari.

Bila jumpa sekali lagi,Y dah tak buat jadual itu.

Kenapa X masih meneruskan jadual,

Tetapi Y dah tak buat jadual tersebut.

Sedangkan:

(1) Guru yang sama

(2) Sumber rujukan yang sama

(3) Ilmu yang sama

Kenapa hasilnya berbeza?

Namun pada 2015 saya berjumpa sebuah karya berjudul,

It’s Just My Nature oleh Carol Tuttle.

Semasa membaca karya itu,saya menangis dan ketawa.

Ia menjawab banyak persoalan saya seperti:

(1) Kenapa saya disanjung dan dilambung?

(2) Kenapa saya kecundang dan dikeji?

(3) Kenapa klien X dan Y menghasilkan keputusan yang berbeza?

Rupa-rupanya terdapat 4 keunikan manusia:

(1) Manusia Jenis Pertama

(2) Manusia Jenis Kedua

(3) Manusia Jenis Ketiga

(4) Manusia Jenis Keempat

Insya-Allah,dalam artikel dan video akan datang saya akan berkongsi lagi.

Terima kasih.

Sudi-sudikanlah berkongsi artikel ini kepada kenalan anda juga.

 

Syazli Khamis

4 Keunikan Manusia