بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah.
Insya-Allah pada hari ini saya akan menerangkan 4 keunikan manusia seterusnya,
Manusia jenis keempat.
Baiklah,kata kunci manusia jenis keempat ialah kesempurnaan (perfection).
Jika anda lihat,manusia jenis keempat ini rupanya seperti ahli sihir.
Mereka mempunyai topi yang tinggi.
Topi tinggi ini melambangkan status dan standard.
Manusia jenis keempat suka meletakkan penanda aras yang tinggi.
Mereka mempunyai peraturan ataupun standard yang tinggi.
Hal ini kadang-kadang menyukarkan orang lain untuk mengikutinya.
Manusia jenis keempat ini mempunyai perisai pada tangannya.
Perisai ini berfungsi sebagai penghalang yang menyukarkan orang lain mendekatinya.
Hanya orang tertentu sahaja yang boleh menghampirinya.
Sama ada ahli keluarga,pasangan dan orang kepercayaan sahaja.
Perisai ini bertindak sebagai pendinding halus yang wujud tetapi tidak nampak
pada mata kasar.
Pakaian manusia jenis keempat ini seperti robot,berwarna hitam.
Perkataan yang keluar daripada mulut manusia jenis keempat,hanya sepatah-sepatah.
Nadanya tegas.
Pendekatan dalam kehidupan manusia jenis keempat bercorak hitam putih.
Mereka bergerak dalam satu garis lurus.
Amat sukar untuk mereka menyimpang daripada laluan yang sudah ditetapkan.
Mempunyai daya fokus yang sangat jitu.
Orang putih gelarkannya sebagai ‘laser focus‘.
Apabila proses bedah siasat sesuatu acara,mereka cenderung nampak warna putih dahulu.
Walaupun 3 yang berderet berwarna hitam.
Mereka akan melontarkan cadangan (komen) bagaimana untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik.
Manusia keempat bergerak dalam garis lurus,
jadi mereka akan datang tepat pada masanya atau lebih awal.
Mereka sangat menepati masa.
Syukur,saya telah bahaskan tentang keempat-empat keunikan manusia iaitu;
Manusia Jenis Pertama
Manusia Jenis Kedua
Manusia Jenis Ketiga
Manusia Jenis Keempat