بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ini ialah manusia jenis kedua.
Dihadapannya pula ialah pendekatan dalam kehidupan mereka.
Kata kunci bagi manusia jenis kedua ialah perincian (details).
Manusia jenis kedua ini memerlukan perincian apabila melakukan satu-satu perkara.
Kekuatan mereka daripada sudut membuat perancangan daripada A sampai Z.
Mereka ada kekuatan untuk bertanya seperti apa,bagaimana,kenapa,di mana, dan siapa.
Anda dapat lihat rambutnya seperti alunan huruf S.
Ia seumpama aliran air yang sangat tenang.
Mereka mementingkan perasaan orang di sekitarnya.
Ketenangan manusia jenis kedua ini terpapar pada langkahnya,duduknya yang sangat tenang.
Suara mereka seolah-olah sayup kedengaran apabila mereka berbicara.
Manakala pendekatan dalam kehidupan mereka pula kita andaikan permulaannya bongkah berwarna kuning.
Dan pengakhirannya pula bongkah berwarna biru.
Mereka bergerak dalam satu garis lurus.
Mereka akan menyusun daripada langkah pertama (kuning),langkah kedua (hijau) sehinggalah langkah terakhir (biru).
Objek berwarna biru seperti gagang telefon itu pula seperti jambatan.
Analoginya begini, manusia jenis kedua mampu membuat perhubungan.
Saling menghubungkan peristiwa.
Perhubungan apa yang berlaku sekarang (hijau),kesannya pada masa akan datang (biru) dan kaitannya dengan peristiwa masa lampau (kuning)
Kadang-kadang, kekuatan perincian itu dianggap sebagai kelemahan.
Hal ini kerana apabila manusia jenis kedua menyusun perincian,
mereka akan bertanya sangat banyak dan menyusun.
Pertanyaan dan penyusunan ini memerlukan masa yang lama.
Oleh sebab itu,manusia jenis kedua ini akan berasa kecil hati apabila ada manusia lain yang mendesak mereka supaya cepat.
Kelembutan manusia jenis kedua ini selalu dikaitkan dengan wanita sahaja.
Tetapi ianya tidak benar sama sekali.
Jangan lupa bahawa lelaki juga mempunyai ciri jenis kedua.
Okay.Sampai sini sahaja perkongsian saya kali ni.
Manusia jenis kedua merupakan seorang yang teliti dan berstrategi.
Semoga kita bertemu lagi dalam siri yang akan datang.
Jemput kongsikan artikel ini ya.