fbpx
Select Page

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dulu waktu zaman sekolah,saya ada kawan yang suka conteng meja.

Dilukisnya kartun dragon ball,dinosaur,watak pokemon dan macam-macam lagi.

Masalahnya,dia conteng-conteng pun lukisan dia cantik gila.Jeles okay!

Jadi saya pun rasa,

“Aku pun mesti boleh lukis cantik macam tu.”

Saya taklah sampai nak conteng atas meja.

Pengawas yang baik tidak boleh conteng meja.

Saya pun lukislah dalam buku tulis.

Masalahnya,tak cantik langsung.

Naik menyampah tengok.

Terus taubat.

Saya percaya bahawa melukis ini bukanlah bakat semulajadi diri sendiri.

Mungkin juga tiada harapan untuk pandai berseni sampai mati.

Gila kan kepercayaan macam ini?

Waktu tu zaman lukis digimon guna buku kotak-kotak.

Hitamkan petak-petak segi empat sampai jadi rupa makhluk digimon.

Bila saya buat,adalah sikit macam digimon.

Tapi,bila suruh lukis sesuatu guna imaginasi.

Contohnya,

rumah atas bukit tepi sawah angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Terus jem.

Tak tercapai dek akal.

Alahai,tertekannya.

20 tahun selepas kejadian itu,

saya bawa anak saya (Muhammad) pergi pertandingan mewarna sempena merdeka.

Orang lain saya tengok ada juga tangan seninya.

Anak saya mewarna memang tak lawa.

Bila warna mesti terkeluar-keluar garisan.

Comotlah kiranya.

Tapi,saya tengok dan sangat menghargai kesungguhannya ketika itu.

Anak saya warna,dari mula sampai masa tamat!

Sob…sob..sob..Terharu saya.

Tak sangka dia boleh fokus mewarna.

Benda lain dia nak fokus payah ya amat.

Mula-mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),

saya terdetik nak gilap bakat mewarna anak saya.

Mungkin dia minat mewarna,cuma tiada dorongan dan contoh yang baik.

Saya pun daftar kelas mewarna secara dalam talian.

Ada 4 video rakaman di dalam kumpulan facebook tersebut.

Penceramah tu dia ajar dalam bengkel mewarna.

Saya dengar,tonton dan catat nota penting.

Videonya tunggang-langgang.

Suara bergema.

Kadang-kadang dengar,

kadang-kadang tak dengar suara cikgunya.

Bertabahlah diri.

Muhammad umur 4 tahun, agak sukar dia nak faham video yang ‘berkualiti’ macam itu.

Saya khatamkan jugalah 4 video tu.

Saya pun ajar anak saya.

Caranya begini-begini.

Guna warna tema yang sama.

Kalau biru mesti ada 3 pasangan.

Biru gelap,biru sederhana dan biru cair.

Dia macam susah nak faham.

Saya pun jenuh fikir bagaimana nak bagi dia faham.

Setiap kali Muhammad nak mewarna,dia akan ajak saya.

Saya tak minat.

Saya masih tetap dengan kepercayaan bahawa bakat melukis dan mewarna itu itu tidak wujud dalam diri.

Jadi,saya rasa kena buat sesuatu.

Kesian pula dia mewarna sendiri-sendiri.

Kami pun cari gambar di internet.

Buat carian, spiderman coloring printable page.

Berlambak-lambak gaya spiderman.

Pilih satu dan cetak hitam putih.

Dalam tak sedar,

Setiap Sabtu kami akan cetak 2-4 helai kertas A4 watak kartun hitam-putih kegemaran anak saya.

Antaranya kartun beylade,paw patrol,boboiboy,tobot,yokai,ninja turtles dan sebagainya.

Selepas maghrib sehingga isyak merupakan waktu kami berdua mewarna.

Walaupun kepenatan balik bekerja, saya gagahkan juga untuk mewarna.

Ada puluhan kertas yang asalnya hitam-putih.Kini penuh berwarna-warni.

Kesemuanya saya simpan sebaik mungkin.

Waktu mewarna merupakan tempoh masa indah.

Kami berborak dan bertukar cerita seharian tentang aktiviti seharian di rumah pengasuh.

Makan apa tengah hari?

Tengok cerita kartun apa?

Minum air masak banyak mana?

Tidur ke tidak tengah hari?

dan macam-macam lagi.

Covid-19 itu penyakit mendatang.

Banyak lagi penyakit jiwa yang bersarang.

Percaya diri tidak berbakat itu penyakit.

Sedar diri bakat boleh dibentuk itu ubatnya.

Bakat itu boleh dipupuk.

Jika bakat itu semulajadi, ianya bonus.

 

Syazli Khamis

Bakat Terpendam Yang Lama Terendam