بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tahun 2019 saya banyak berjumpa dengan ilmuwan.
Antaranya ialah Datuk Seri. Dr. Zulkifli Al-Bakri dan Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.
Saya bertanya kepada pak mufti wilayah ketika itu.
Sekarang beliau ialah menteri agama.
“Berapa banyak penulisan buku tok mufti?”
Beliau balas.
“Dalam 300 buah”.
Saya sungguh kagum.
Di dalam kesibukan, beliau masih sempat berkarya sebegitu rupa.
Dr. Daud Bakar pula menyiapkan sebuah buku setiap 2-3 bulan.
Semasa musim covid ini,
Beliau berjaya melancarkan novel yang pertama.
Sekarang,novel kedua beliau dalam pembikinan.
Saya turut terkesan apabila membaca buku nilai masa di sisi ulama.
Buku ini dikarang oleh Abdul Fattah Abu Ghuddah.
Semasa menulis ilmu,Al-Balkhi sedang menulis kalam gurunya.
Tiba-tiba pena beliau terpatah.
Beliau menjerit,
“1 pena untuk 1 dinar!”
Maka,
Berterbanganlah pena dilemparkan oleh orang ramai kepadanya.
Beliau sanggup membeli pena baharu pada harga 1 dinar.
1 dinar ketika itu bernilai RM 200.
Adakah kita sanggup membeli pen berharga RM 200 hanya untuk menulis di saat itu?
Inilah antara kisah yang membayangi hidup saya sehingga saat ini.
Mendengar ‘kegilaan’ mereka ini,
Membuatkan saya teringin menjadi seperti mereka.
Sasaran saya hanyalah penghasilan 1 buah karya setiap 12 bulan.
Bolehlah kan?
Saya pernah menghadiri kelas penulisan tular (viral).
Kami diajar bagaimana menulis artikel tular di media sosial.
Konsepnya begini,
Kalau artikel kita tular,
Banyak orang tekan butang kongsi (share).
Maka,kita akan dapat ramai pengikut (follower).
Bila ramai pengikut senang kita nak jual apa-apa kepada mereka kelak.
Daripada sekadar pengikut (follower), mereka akan jadi pembeli (buyer).
Boleh ikutkan?
Begitulah sifirnya.
Saya pun pulun menulis artikel bertujuan untuk tular.
Merasalah juga.
Kebiasaannya,
Lakaran nota sebegini mengambil masa selama 2-3 jam.
Bermula daripada lakaran, imbasan, ringkasan, semakan dan proses muat naik di media sosial.
Lakaran nota saya pernah mencapai 400 perkongsian (share).
Tetapi, jiwa saya tak pernah puas.
Anak saya yang kedua lahir pada 16/3/2020.
2 hari sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula.
Saya banyak belajar daripada si kecil ini.
Dia membesar di rumah.
Musim Covid-19 dan PKP,
Kami sekeluarga tak keluar ke mana-mana.
Melalui anak pertama (Muhammad),
Saya belajar kepentingan memulakan sesuatu dengan bantuan jadual (permulaan).
Melalui anak kedua (Isa),
Saya belajar bagaimana untuk kekalkan daya konsisten dan momentum di pertengahan tindakan (pertengahan).
Saya tutup instagram saya.
Ketika itu ada 30,000 pengikut.
Hajatnya nak fokus menulis.
Sampai orang mesej,marah-marah saya kenapa tutup akaun.
Peminatlah tu.
Saya nekad dengan keputusan itu.
Malangnya,saya tetap tidak fokus menulis.
Masih lagi ikut mood.
Ikut suka hati.
Rasa nak tulis,saya tulis.
Kalau malas,lupakan.
Adakala saya rasakan.
Terlalu banyak benda nak tulis,sehinggakan tidak tertulis.
Hakikatnya,
Saya masih mencari buku penulisan yang sesuai.
Nak tulis atas kertas A4 atau buku buku bergaris.
Gaya penulisan macam mana yang sesuai.
Gaya si penulis X atau gaya si Y?
Saya pun mengambil keputusan untuk melakar semula peta kehidupan saya.
Saya cuba cari jawapan bagi 3 persoalan ini: