fbpx
Select Page

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tahun 2006 saya pernah menjadi guru ganti selepas tamat SPM.

Mengajar darjah 1-6 di sekolah agama rakyat.

Di pagi hari,

Saya ambil kursus asas komputer selama 3 bulan di sebuah kolej swasta.

Di petang hari,

Jam 2.30-5.30 petang saya mesti berada di sekolah untuk sesi pengajaran.

Saya mengimpikan ingin menyumbang semula sebagai bekas pelajar.

Saya diminta untuk menggantikan ustazah yang baru melahirkan anak.

Pelajar yang baik akan mentaati permintaan gurunya.

Begitulah….

Saya menaiki bas semasa belajar di kolej swasta tersebut.

Bila balik belajar tu memanglah tersangat penat,panas dan lapar.

Pagi-pagi belajar.

Petang-petang mengajar.

Saya mengajar subjek khat,jawi dan bahasa arab.

Begitulah rutin hariannya.

Padu kan?

Dah macam level habib maulana gitu.

Kemudian saya sambung pengajian di universiti.

Saya banyak melibatkan diri dengan aktiviti luar.

Pergi ke bengkel dan macam-macam jenis seminar.

Makan sedap.Tidur di hotel.

Boleh katakan percumalah.

Best kan?

Daripada situlah,

Saya berkenalan dengan mereka yang berada dalam bidang latihan dan konsultasi.

Itulah detik-detik awal saya terjebak dalam bidang latihan juga.

Tahun 2020 tak berapa cerah.

Muhammad baru masuk sekolah 2 bulan.

Sekolah tutup kerana Covid-19.

Pembelajaran anak terpaksa secara medium atas talian.

Saya duduk sebelah Muhammad semasa sesi membaca bersama gurunya.

Sesi bersama guru itu sebanyak 2 kali seminggu.

Ibu bapa boleh memilih slot masa dan hari yang bersesuaian.

Saya memang akan dengar dan perhatikan gaya pengajaran gurunya.

Dalam hati saya terdetik,

“Oh,macam ini cara mengajar asas membaca.Mungkin saya pun boleh buat”.

Saya pun mula membuat perancangan.

“Setakat mengajar ABC,123 gagah lagilah saya nak buat.Mudah lagi rasanya”

Saya berazam dengan jitu.

Saya menyinggah kedai alat tulis berhampiran.

Terus mendapatkan set bahan bacaan bacalah anakku.

Setiap kali lepas maghrib,

Saya mewajibkan sesi membaca antara saya dan muhammad.

Selama 30 minit kami berdua akan bersungguh-sungguh menghadap kitab tersebut.

Macam-macam drama terjadi sewaktu mengajar Muhammad membaca.

Kaedah bacalah anakku menggunakan kaedah fonetik.

Contohnya perkataan NANI.

Dieja dengan En-A-En-I.

En-A…Na

En-I…Ni

Sepatutnya berbunyi, NANI.

Muhammad sebut,

“MANI.”

Adoi.Mahu walidnya tak stress!

Baca suku kata pertama…Okay.

Baca suku kata kedua…Okay.

Tetapi,lupa suku kata pertama.

Wuaaaaaaa!

Apa lagi, rotan pun mula beraksi.Tapi tak libas pun.

Acah mak enon je.Hihi.

Drama kan?

Lepas selesai bacalah anakku,

Terus sambung membaca iqra’ 1.

Lagilah…

Bercampur-campur huruf rumi dan jawinya.

2 kali ganda tekanannya.

Membaca bukan lagi satu keseronokan.

Tetapi,satu bebanan.

Saya pun bercadang menukar pendekatan.

Daripada guru disiplin kepada guru kaunseling.

Daripada sesi 30 minit.

Jadi maksima 10 minit sahaja.

Rotan dilarang sama sekali.

Saya gunakan konsep ‘fun learning

Guna kad imbas.

Selang-seli dengan cerita lawak-lawak.

Cerita zaman saya kecil dulu.

Lepas tu, sambung membaca semula.

Syukur pada Allah.

Hasilnya luarbiasa.

Bermula dengan buku 1, kini dah sampai buku 7.

Daripada 1 suku kata lupa-lupa ingat.

Muhammad sudah boleh baca 1 ayat lengkap (7-8 patah perkataan).

Saya perhatikan dia suka eja perkataan sendiri.

Contohnya,perkataan BESAR.

Dieja sebagai: beh-e-seh-a.

Beh-e….BE

Seh-a…SA

Jadinya,BESA.

Saya betulkan

“Muhammad,ada perkataan sebutan dan ejaannya tak sama ya.”

“BESARRRRR…(bunyi ‘rerrrrr’) itu saya lebihkan getarannya.

Akhirnya dia pun eja,

Beh-e….BE

Seh-a-rrrr…SAR

BESAR!

Mengajar asas membaca sangatlah mencabar.

Saya pun hampir putus asa.

Tetapi saya ambil masa lama-lama.

Memperbetulkan tujuan dan peranan saya di dalam kehidupan ini.

Peranan saya sebagai Walid.

Tujuan saya ialah:

Mendidik anak-anak dengan ajaran Islam dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

Saya juga beri pilihan kepada Muhammad nak baca buku atau tidak?

Jika tidak,bila hari dan masa yang beliau ingin membacanya?

Sesi membaca bermula selepas solat maghrib.

Saya masukkan dalam jadual 7 hari.

Sebab itu,saya tidak akan berjumpa klien atau keluar rumah selepas 7 malam.

Kecuali perkara kecemasan yang melibatkan hidup-mati.

Saya sudah latih lebih 2,084 orang klien dalam bidang pengurusan masa.

Hakikatnya,

Mengajar anak mengenal ABC lebih mencabar emosi,tenaga dan skil.

Semoga Allah terima amalan kecil saya ini mengenalkan asas huruf kepada anak-anak.

Lalu mampu meraih syurga-Nya melalui doa anak soleh dan solehah.

Insya-Allah.

 

Syazli Khamis

Cikgu ABC