Sebelum kami berhentikan Muhammad dari sekolah,
Cikgunya rajin buat panggilan video.
Seminggu 2 kali.
Kebiasaannya, Muhammad akan bad mood.
Sedih betul tengok dia waktu baca buku.
Seperti kena dera,cucuh puntung rokok.
Kalau saya yang jadi cikgu,saya pun tertekan.
Tengok anak murid bermuram durja baca buku.
Sebaliknya,saya perasan benda ni,
Anak saya suka mandi hujan.
Dia suka main sabut kelapa.
Kalian tahukan saya ada kebun mini?
Sebelum masuk dalam pasu,sabut kelapa ini saya akan rendam dahulu.
Muhammad sampai nak masuk dalam troli bergelumang dengan air rendaman sabut kelapa tu.
Bila sabut kelapa tu dah kering.
Melekat-lekat kat tangan,kaki.
Baru dia tahu rimas.Haha.
Terus tak jadi nak berendam dengan sabut kelapa tu.
Kami sekeluarga suka hidup berjiran.
Waktu sebelum Covid-19,saya heret anak pergi rumah jiran.
Hadir majlis keramaian,kenduri-kendara dan gotong royong.
Duduk bersembang dan beramah-mesra.
Waktu petang pula,jalan keliling taman dan menegur jiran-jiran.
Macam ini Muhammad tegur jiran,
“Hai,hello…hai hello”
Dah macam dekat oversea kau.
Saya selalu ingatkan anak saya,
“Kita kena baik dengan jiran.Kalau kita mati siapa sampai dahulu?”
“Jiran atau keluarga kita yang sampai dahulu?”
Dia jawab,
“Jiran.”
Muhammad cenderung melakukan aktiviti melibatkan pergerakan (hands-on activity).
Orang putih kata,
Hands-on learning.Ataupun learning by doing.
Saya sering memikirkan jenis aktiviti bersesuaian sepanjang Covid-19 ini.
Terlalu banyak cadangan aktiviti untuk anak-anak di internet.
Aktiviti baharu,perlukan jenis bahan dan cara penyediaan yang baharu juga.
Bila semua serba baharu, maka banyaklah kos baharu yang akan muncul.
Setuju kan?
Zaman Covid-19 ini,kita kena berjimat-cermat jugalah.
Jadi macam mana nak buat
Sudah tentu saya yang kena buat aktiviti baharu ini dengan Muhammad kan?
Gunting itu,gunting ini.Lekat-lekat.
Saya tak minatlah.huhuhu.
Jadi saya pun buat keputusan ,
Daripada cari aktiviti baharu untuk Muhammad.
Baik saya libatkan dia ke dalam hobi saya yang sedia ada.
Hobi saya itu seperti serampang 3 mata:
1-Mengisi masa lapang saya
2-Memanfaatkan masa lapang Muhammad
3-Memastikan projek saya berjalan langsung
Okay juga kan?
Syukur pada Allah.
8-9 malam tadi,kami berdua khusyuk menapis baja ikan dan baja pegaga.
Kami juga mencampurkan air peraman bilasan beras ke dalam baja halia.
Sampaikan Muhammad kata,
“Walid,bateri Muhammad dah tinggal 3 bar.”
Saya tanya balik,
“Haa?Sebelum ini bateri Muhammad ada berapa?”
Dia jawab,
“500 bar!”
Itu petanda yang dia kepenatan.
Sampaikan tersengguk-sengguk sambil tangannya menahan dagu.
Parah betul.
Lepas tapis,terus mandi siap nak tidur.
Dia boleh kata,
“Ummi,bateri Muhammad dah tambah 100 bar.”
Nampak kan,akalnya tak nak tidur.
Minggu ini saya sibuk membina draf susun atur kebun guna konsep hijau.
Saya akan minta pandangan daripada Muhammad.
Saya tunjukkan video kepada dia dan berkata,
“Walid nak buat macam inilah.Kebun kita nanti pakai solar,ada sprinkler dan guna raised bed.”
“Kalau Muhammad ada idea ,Muhammad bagi tahu ya.”
Kita sama-sama jadikannya realiti.
Waktu kami makan,dia akan sampaikan idea dia.
Nak tambah itu ini,sprinkler nak tambah 5.Ada pusing-pusing.
Begitulah.
Untuk pengetahuan kalian,
Saya suka bertangguh.
Sekarang dah jumpa ubatnya.
Saya cakap pada Muhammad.
“Ingatkan Walid untuk buat ini,ini…ini”
Memang dia akan ingatkan.
Dahulu,
Saya gemar menghadap komputer masa hujung minggu.
Sekarang,
Saya simpan komputer dan hanya gunakan pen dan kertas sahaja.
Hari Sabtu dan Ahad saya produktif menguruskan rumah tangga.
Urusan anak, isteri, basuh, sidai, angkat dan lipat baju.
Bukan mudah ya.
Dulu saya tak kenal siapa Syazli Khamis.
Sekarang kerap termenung dan berfikir.
Rupanya diri sendiri ada 23 kelemahan.
Bila duduk renung diri, Allah bagi saya bonus.
Allah ilhamkan saya macam mana nak tahu kekuatan,kelemahan isteri dan anak-anak.
Lagi dahsyat,
Allah bagi saya faham 3K;
1-Kekuatan
2-Kelemahan
3-Kelengkapan
Kalau jumpa klien,jiran,orang baru kenal ke,secara automatik saya akan menilai mereka daripada 17 aspek.
Semuanya anugerah Allah kepada saya.
Bermula Januari-Disember 2020 saya usahakan sebuah projek diberi nama UNIK.
Insya-Allah,saya akan lancarkan kelak.
Tunggu ya.
Mohon doakan saya.
Kemungkinan besar doa kalian terlalu mustajab.
Syazli Khamis
Sura Rumah Idaman Hati