fbpx
Select Page

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tahun 2012 sepatutnya saya tamat naik pentas dan bergraduasi.

Hanya tinggal siapkan tesis tentang jatropha.

Menggunakan jatropha, tambah tahi lembu dan tanam pokok cili.

Daripada situ,tengok cili tu tumbuh dengan baik atau sebaliknya.

Kena semak juga kandungan nutrien dalam buah,tanah dan batang cili itu.

Angan-angannya lepas habis ijazah sarjana muda kejuruteraan.

Bolehlah jadi jurutera.Dapat pangkat Ir.Kerja sedap.Gaji lazat.

Namun pada 2016,saya masih gagal menyiapkan tesis yang tergendala itu.

Saya duduk di kepong.Kena berulang-alik daripada kepong ke UKM menggunakan KTM.

Kekangan kewangan,pergi balik saya memerlukan RM 11.00 (RM 5.50 sehala).

Kekangan masa,saya memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam untuk pengangkutan.

Termasuk menunggu bas,menunggu KTM dan beratur.

Tambahan lagi,bila duduk makmal saya rasa sunyi gila.

Menghadap peralatan makmal.

Pakai jubah putih macam doktor tu.Serius,tak best langsung.

2015 saya mulakan hidup di kawasan kejiranan rumah teres.

Persatuan penduduk di sini mengusahakan sebuah kebun komuniti.

Saya cuba juga bercangkul.Penat jugalah.Tak jadilah.

Jadi saya lebih fokus di belakang tabir.

Dengan membangunkan data dan membuat suntingan video.

Sayalah orangnya yang memasukkan berat,jenis tanaman ke dalam microsoft excel.

Sepanjang 30 hari bulan ramadan,saya pulun buat benda ini.

Satu musim boleh dapat 300 kg terung.Banyakkan?

Saya ada 1 batas sendiri.

Saya teruja gila bila tanam biji benih,tengok percambahan biji benih jadi pokok,petik buahnya.

Isteri masak.Saya makan.

Oh nikmatnya hasil titik peluh sendiri.

Terasa kelainan rasa dan manis terung itu.

Paling menyeronokkan,saya dapat hadir kursus pertanian secara percuma.

Setelah berkursus bagai,saya berhajat mengadaptasi ilmu itu kepada penduduk dan kebun komuniti kami.

Tetapi ada 2 cabaran utama:

 

  • Kebun yang terlalu besar 2.5 ekar

  • Pengusaha kebun yang komited kurang 10 orang

Bagaimana nak buat ya?Mmm…

Pada Mac 2020,bermula PKP.Covid-19 menggila di Malaysia.

Anak saya muhammad baru bersekolah 2 bulan. Sekolah diwajibkan tutup.

Jadi,dia duduk di rumah dan kebosanan.

Aktiviti hariannya hanyalah menonton youtube dan bermain permainan telefon bimbit.

Kamilah yang menyumbang kepada peningkatan jumlah tontonan video youtube dengan jayanya.

Memang tak jadi manusia normal.

Walaupun masyarakat memandang normal, budak menghadap telefon 24 jam.

Tetapi,tidak bagi kami suami isteri!

Saya mesti mencari aktiviti yang sesuai untuk menggantikan telefon bimbit itu.

Saya dan Muhammad mula mengusahakan kebun mini di belakang rumah.

Kami mulakan dengan membersihkan belakang rumah dalam tempoh 2 jam.

Saya berhajat menggunakan kaedah hidroponik.

Tanam dalam pasu nutripot.

Di bawahnya ada air baja.

Dalam tempoh kurang 3 minggu,

Daripada hanya 5 pasu besar sudah merebak kepada lebih 40pasu.

 

Kami berdua berkebun pada:

  • Setiap hari-selepas asar sehingga maghrib

  • Sabtu-bermula 8 pagi sehingga 11 pagi

Apa yang menggembirakan saya ialah, apabila Muhammad dah kenal biji benih dan sayuran.

Sayur yang paling dia sayang ialah kacang panjang renek.

Kerana tumbesarannya luarbiasa.

Dia juga tahu konsep ABC dalam pertanian.

Tumbuhan memerlukan ABC untuk hidup.

A-Air

B-Baja

C-Cahaya

Sekarang kami berdua sedang membuat baja organik iaitu baja ikan dan baja pisang.

Hanya tunggu peraman selama 5 hari dan 30 hari sebelum baja itu boleh digunakan.

Kami juga sedang menyemai biji benih bunga matahari, cosmos,zinnia, marigold oren dan kuning.

Ia bertujuan untuk menghapuskan serangga perosak secara semulajadi.

Ramai ingat konsep berkebun sewaktu Covid-19 ini datang secara tiba-tiba.Tidak ya.

Ia memerlukan kajian tentang kaedah lestari.

Daripada kajian lestari itu,saya pecahkan kepada senarai tindakan.

Kemudian jadualkan tindakan itu secara bulanan,mingguan dan harian.

Paling penting…

Saya cuba memastikan tindakan ini berkait rapat dengan tujuan hidup dan peranan saya di dalam kehidupan ini.

Peranan saya sebagai seorang walid.

Memberi ilmu kehidupan kepada anak-anak saya.

Boleh fahamkan?

Semoga ada kebaikan artikel kali ini.

 

Syazli Khamis

Petani Moden