Di sekolah amalkan kurang tidur,saya dapat berbelas-belas A.
Di universiti masih amalkan kurang tidur,dapat pointer 2.8 dan ke bawah.
Dah kenapa?
Sepatutnya,sama jelah hasilnya.
Pelik betul kan?
Bila dah berkeluarga,saya masih ulang benda yang sama.
Kurangkan tidur malam,lebihkan bekerja.
Hasilnya,
Saya menjadi seorang yang mudah marah dan emosional.
Mudah sentap.
Mudah letih.
Mudah mengantuk.
Badan rasa lemah.
Kerap selesema dan demam.
Saya berkenalan dengan buku 5 AM Club oleh Robin Sharma.
Beliau mencadangkan bangun seawal 5 pagi dan mulakan dengan senaman.
Senaman agresif.
Berpeluh.
Wah!.Menarik.
Saya pun buatlah.
Mula tidur jam 2 pagi dan bangun semula jam 5 pagi.
Terus bersenam.
Memang best.
Udara sangat nyaman dan mendamaikan.
Bila masuk waktu tengah hari,
Badan tersangat-sangat lesu.Lemau.
Saya cuba mencari penawarnya.
Lalu carian di internet membuahkan hasil
Saya meminjam buku berjudul Why We Sleep dari perpustakaan.
Buku ini ditulis oleh Dr. Matthew Walker.
Beliau mengkaji tentang tidur selama lebih 20 tahun.
Takkanlah hanya kaji tentang tidur sampai 20 tahun?
Saya gila-gila menekuni buku tersebut.
Hinggakan saya terpaksa.
Memperbaharui dan meminjam semula buku ini lebih 3 kali.
Dah pulang,pinjam semula.
Rasa macam tak puas bila sekadar baca tanpa conteng-conteng.
Saya pun dapatkan buku tersebut separuh harga di internet.
Yeay!
Dr. Matthew Walker tulis di dalam bukunya Why We Sleep,
1-Lelaki yang tidur malamnya kurang, memiliki saiz testis yang lebih kecil daripada lelaki yang nyenyak tidurnya.
2-Lelaki yang terlalu kurang tidur,ataupun rendah kualiti tidurnya pada waktu malam mempunyai 29% kurang bilangan sperma daripada lelaki yang tidur penuh waktu malam.
Universiti Chicago juga ada buat eksperimen terhadap sekumpulan lelaki berusia pertengahan 20 tahun.
Dengan mengehadkan tidur malam mereka hanya 5 jam selama 7 hari.
Hasilnya,
Kadar testosteron menunjukkan seolah-olah lelaki-lelaki muda tersebut berusia 30-35 tahun.
Gila kan?
Hanya kurang tidur sahaja,ia boleh menuakan kita selama 1 dekad!
Sejak daripada itu,saya insaf.
Masalahnya,
Waktu siang saya banyak berkarya.
Jadinya,
Selepas maghrib yang saya agak lapang.
Saya suka bertemu klien jam 8 malam.
Jam 10 malam baru selesai urusannya.
Balik rumah jam 11-12 malam.
Barulah sedia untuk tidur.
Bangun pula 6 pagi.
Saya hanya dapat tidur sekitar 6-7 jam sahaja.
Apa yang saya perlu lakukan?
Saya pun buat keputusan drastik.
1-Tiada keluar rumah selepas 7 malam
2-Tiada telefon bimbit selepas 7 malam
Berat gila nak buat keputusan ini.
Untuk pengetahuan kalian,
Saya bermula dengan memperbaiki kualiti dan kuantiti tidur malam terlebih dahulu.
Sedaya upaya saya mencorakkan peranan dan tujuan kehidupan saya.
Manifesto inilah yang terhasil.
Peranan:
Peribadi
Tujuan:
Saya bersungguh-sungguh mengekalkan tahap kesihatan optimum dengan tidur malam 8 jam setiap hari (9.30 malam-5.30 pagi).
Dengan menjaga tidur ini,
Saya mendapat nikmat kesihatan dan produktiviti yang tidak pernah saya capai sepanjang 31 tahun kehidupan saya.
Saya tutupi artikel ini dengan pepatah kegemaran Dr. Matthew Walker,
Shorter your sleep,
Shorter your life
Syazli Khamis
Sleeping Beauty