fbpx
Select Page

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baiklah.

Sekarang kita akan masuk kepada bab penentuan permulaan jadual 7 hari.

Langkah Pertama: Julat Hari

Jadual 7 hari sangat penting untuk kita sama-sama menentukan:

(a) Bilakah permulaan

(b) Bilakah pengakhiran

bagi setiap minggu.

Saya cenderung untuk memulakan hari minggu baharu pada hari isnin.

Manakala,pengakhirannya pada hari ahad.

Anda pula bagaimana?

Permulaan saya (nama anda) untuk minggu baharu ialah pada hari

_________________.

Pengakhiran saya (nama anda) untuk minggu baharu ialah pada hari

_________________.

Langkah Kedua : Julat Tarikh

Tarikh Mula:

Tarikh Tamat:

Ada 2 jenis kalendar yang kita sama-sama perlu beri perhatian.

Kalendar gregori dan hijri.

Kalendar gregori menggunakan bulan seperti Januari,Mac,Mei dan seterusnya.

Kalendar hijri pula menggunakan bulan Muharam,Ramadhan,Syawal dan seterusnya.

Pada awal dahulu,saya mengutamakan kalendar gregori.

Tetapi,sekarang saya masukkan sekali tarikh kalendar hijri.

Hal ini kerana,kalendar Islam memasukkan tarikh-tarikh penting orang

Islam.

Contohnya permulaan tarikh puasa,raya dan sebagainya.

Manakala,kalendar gregori memberi fokus kepada tarikh acara rasmi sesebuah negeri dan negara.

Jelas ya?

Langkah Ketiga: Jenis Aktiviti

Apakah aktiviti penting yang terdapat dalam tempoh tarikh dan hari yang anda tetapkan?

Contohnya:

Perjumpaan dengan klien

Temu janji hospital

Tarikh hari lahir

Dan sebagainya

Semoga ada kebaikan untuk kita bersama.

Jemput kongsikan artikel dan video ini.

Syazli Khamis

4 Keunikan Manusia