fbpx
Select Page

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada kali ini saya akan berkongsi tentang bagaimana untuk menentukan rutin.

Rutin merupakan perkara yang berulang-ulang.

Kita tiada pilihan untuk melakukannya ataupun tidak.

Kita kena (mesti) melakukannya.

Sama ada kita suka ataupun tidak suka membuat perkara berulang-ulang tersebut.

Kesemua senarai rutin mesti berdasarkan kepada peranan dalam kehidupan.

Apakah peranan dalam kehidupan?

Saya dah terangkan dalam artikel dan video yang lalu.

Boleh tengok di sini ya.

Perkara rutin ada yang bersifat:

(1) Harian

Contoh rutin harian:

Pergi pejabat

Balik pejabat

Memasak

Urus persekolahan anak

anak

Solat fardu 5 kali sehari

(2)  Mingguan

Contoh rutin mingguan:

Basuh kereta

Basuh baju

Lipat baju

Cuci akuarium

Isi minyak

Tambah nilai kad touch & go

Rancang jadual mingguan

Laksanakan hobi

(3) Bulanan

Contoh rutin bulanan:

Bil air

Bil elektrik

Telefon bimbit

Beli barang dapur

 

(4) Tahunan

Contoh rutin tahunan:

Servis kereta

Cukai jalan

Cukai tanah,

Tarikh mati lesen

Tarikh hari jadi

Tema hari raya

Percutian keluarga 

Aktiviti persekolahan anak-anak (hari sukan,hari terbuka,hari anugerah)

Senarai di atas merupakan sebahagian daripada rutin yang terlintas di kepala

saya.

Lain individu,lain peranannya.

Lain peranannya maka lainlah rutinnya.

Jadi kita perlu bijak dan konsisten untuk mengenalpasti rutin kita mengikut

peranan dalam kehidupan.

Insya-Allah kita akan bertemu lagi dalam artikel dan video yang akan datang.

Terima kasih.

Jemput kongsikan jika bermanfaat.

Syazli Khamis

4 Keunikan Manusia