fbpx
Select Page

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Insya-Allah pada kali ini saya akan berkongsi sedikit daripada ilmu Allah yang maha luas ini.

Saya akan berkongsi bagaimana untuk memahami:

(1) Lelaki

(2) Perempuan (Wanita)

Apabila saya mengkaji kedua-dua jantina ini sekitar tahun 2014 dan sekarang tahun 2020 sudah masuk tahun yang keenam.

Apa yang saya kaji ini Subhanallah (Maha Suci Allah) hanya menampakkan 1 perkara yang sangat nyata iaitu:

Allah Taala itu mempunyai kuasa Yang Maha Hebat dan mempunyai kuasa yang luar biasa.

Kerana Allah Taala telah mencipta lelaki dan wanita itu dengan sebaik-baik kejadian.

Saya akan menceritakan bagaimana lelaki dan wanita itu berdasarkan 4 keunikan manusia.

Okay baiklah saya akan memulakan perkara ini.

Sebenarnya manusia memiliki keempat-empat keunikan manusia.

Saya mengandaikan tapak lego yang berwarna kuning ini merupakan ciri yang paling menonjol (primer).

Manakala bongkah berwarna ungu pula itu merupakan ciri sekunder (sokongan).

Baki lagi 2 bongkah berwarna biru dan putih pula merupakan keunikan tambahan (bonus).

Ini merupakan manusia jenis pertama.

Manusia jenis pertama merupakan manusia yang kaya dengan idea.

Kalau tengok warna kuning seperti matahari.

Yang memancar kehidupan dan mampu memberi harapan (motivasi) kepada orang lain.

Kata kunci manusia jenis pertama ini ialah IDEA.

Kita dapat lihat pada palet warna yang dipegang. Ada warna kuning,biru,hijau dan merah.

Warna-warna ini melambangkan idea yang banyak.

Mereka percaya bahawa kesemua idea-idea ini boleh dilaksanakan.Sangat positif!

Rambut cacak pula menunjukkan pergerakan tenaga yang sangat tinggi.

Bongkah lego panjang warna kuning dan di atasnya pula ada bongkah kecil.

Ia pula merupakan pendekatan dalam kehidupan manusia jenis pertama.

Ia menunjukkan bagaimana mansuia jenis pertama bergerak dalam kehidupan.

Mereka mempunyai idea yang sangat banyak dan bergerak dalam corak zig-zag.

Katakan manusia jenis pertama memulakan sesuatu pada bongkah biru (projek A),

tengah buat-buat projek A tiba-tiba terjumpa warna hijau (projek B).

Maka mereka  akan berhenti projek A (biru),lalu terus memulakan projek B (hijau).

Maka,mereka akan meninggalkan projek A.

Tengah buat-buat terjumpa pula projek C (oren),

kemudian beliau akan melakukan projek C (oren).

Lalu meninggalkan projek A dan B.Begitulah seterusnya.

Mereka akan membuat sesuatu secara separuh jalan.

Jika dapat dilihat,manusia jenis pertama ini mukanya senyum.

Disebalik muka senyum (kekuatan) itu terdapat kelemahan (muka sedih).

Keempat-empat manusia ini mempunyai kekuatan dan kelemahan.

Saya akan menerangkan keempat-empat patung lego ini dalam siri-siri yang akan datang.

Di dalam siri yang akan datang saya akan membahaskan tentang konsep 3K.

Sama ada lelaki atau perempuan mempunyai 3K.

(1)-Kekuatan (muka senyum)

(2)-Kelemahan (muka sedih)

(3)-Kelengkapan (menjadikan seseorang individu ini saling melengkapi antara satu sama lain.

Terima kasih sudi menonton dan membaca.

Jika anda mendapat manfaat sila kongsikan kepada yang lain.

Syazli Khamis

4 Keunikan Manusia