fbpx
Select Page

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah.

Insya-Allah sesi kali ini saya akan berkongsi tentang manusia jenis ketiga dan

pendekatan dalam kehidupan mereka.

Manusia jenis ketiga,kata kuncinya ialah tindakan.

Objek yang dipegang pada tangan manusia jenis ketiga ialah walkie-talkie.

Ia melambangkan tindakan (action).

Keseluruhan penampilan bagi manusia jenis ketiga menggunakan

tema warna merah.

Warna merah menandakan:

(1) Semangat yang membara

(2) Semangat juang meluap-luap

(3) Semangat untuk bangkit dengan segera.

Manusia jenis ketiga seorang yang aktif dan berani.

Jika dilihat pada pakaian dan topi ,mereka menyukai aktiviti lasak.

Aktiviti ini seperti berkayak,panjat gunung,triathlon dan sebagainya.

Orang putih kata ‘adrenaline-rush‘.

Semua tindak-tanduknya berasaskan tindakan (action oriented).

Derap kaki mereka juga sangat jitu.Daripada jauh sudah boleh dengar hentakan.

Pendekatan dalam kehidupan manusia jenis ketiga juga berwarna merah.

Apa yang ada di sebelah kiri,ada juga di sebelah kanan.

4 bongkah lego di sebelah kiri,4 bongkah lego di sebelah kanan.

Kita beri andaian bahawa kawasan sebelah kiri ialah permulaan.

Manakala kawasan sebelah kanan ialah penamat.

Kita anggap juga bahawa warna bongkah sebelah kiri dan kanan seperti berikut;

Bongkah hijau-Projek A

Bongkah coklat-Projek B

Bongkah biru cair-Projek C

Bongkah merah-Projek D

 

Kesemua projek A,B,C,D boleh dimulakan (sebelah kiri) dan ditamatkan dengan

jayanya ke sebelah kanan.

Disebabkan manusia jenis ketiga ini berteraskan kepada tindakan,

manusia ini boleh melaksanakan segala projek ini bersendirian.

Walaupun kelihatannya seolah-olah mereka meninggalkan projek setengah

jalan,

mereka pasti akan berpatah balik dan menyelesaikan projek tersebut.

Hal ini berbeza dengan manusia jenis pertama,

yang cenderung untuk hanya memulakan sesuatu di awal sehingga pertengahan

sahaja.

Jika manusia jenis ketiga tidak melakukan projek itu, mereka mampu menyuruh

orang lain pula melakukukanya.

Itulah fungsi ‘walkie-talkie‘ di tangannya.

Apabila individu ini menyuruh insan lain,orang lain akan merasakan manusia

ketiga ini seorang pendesak (pushy).

Oleh sebab dia mampu melakukan projek bersendirian, dia akan selalunya

kepenatan (burnt-out).

Kebiasasannya, ciri manusia jenis ketiga ini dikaitkan dengan lelaki (maskulin).

Kadang-kadang kita terlupa bahawa ciri-ciri manusia jenis ketiga juga wujud

pada perempuan.

Kalau lelaki terlalu dominan dengan keunikan manusia jenis ketiga ,

kita panggilnya sebagai ‘jantan’.

Kalau perempuan yang mempunyai ciri manusia jenis ketiga,

kita akan labelkannya dengan ‘tomboy‘.

Melalui medan penulisan inilah saya akan cuba mengharmonikannya.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya tentang manusia jenis ketiga.

Mereka juga manusia biasa yang ada kekuatan dan kelemahan.

Terima kasih sudi membaca artikel dan menonton video ringkas ini.

Semoga ada manfaat.

Jemput kongsikan kepada orang lain juga.

 

Syazli Khamis

4 Keunikan Manusia.