fbpx
Select Page

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semasa saya berada di hospital,saya terdengar para jururawat bercerita tentang kesusahan nak hantar anak ke taska.

Sekolah tutup.

Jadual kerja mereka yang tak menentu.

Siapa nak jaga anak?Makan malam mereka nanti macam mana?

Rata-rata jururawat menyatakan kerisauan yang sama.

Saya terkejut.

Dah kenapa pula?

Bila saya semak internet,rupa-rupanya serangan virus coronovirus dah semakin teruk di Malaysia.

Kerajaan Malaysia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula daripada 18 Mac 2020.

Bila tengok di media sosial,rupa-rupanya rakyat dah semakin gila.

Mereka membeli barang keperluan macam lagi 2 hari nak perang dunia ketiga.

Bertroli-troli beli barang.Rak di pasar raya pun licin.Kosong.

16 Mac 2020 merupakan detik kelahiran anak saya yang kedua.

18 Mac 2020 pula bermula PKP.

Maka, semua perkhidmatan negara tergantung serta-merta.

Ah sudah.

Macam mana ni.

Saya kena buat sesuatu.

Kalau semua diberhentikan,macam mana dengan perniagaan saya?

Uhuk uhuk.

Pada bulan Februari 2020,saya sedang membangunkan projek X.

Sampai sekarang ianya belum dilancarkan.

Saya merasakan ada sesuatu yang telah hilang (something is missing) pada projek X.

Tapi,saya tak pasti apakah benda yang hilang itu.

Bermula PKP itulah saya mencari dan terus mencari apakah yang hilang itu.

Kenapa susah dan lambat benar projek X hendak dilancarkan?

Saya terjumpa 3 buah karya agung semasa tempoh berkurung itu.

Mungkinkah 3 karya agung ini dapat mengembalikan benda yang hilang pada projek X?

3 karya dan penulisnya seperti berikut:

(1) The Millionaire Messenger (Brendon Burchard)

(2) The DotCom Secrets (Russell Brunson)

(3) The Expert Secrets (Russell Brunson)

Saya mula menggila membaca ketiga-tiga karya di atas.

Dah baca,baca lagi sampai naik hafal falsafah yang cuba disampaikan oleh 2 penulis itu.

Yang peliknya,setiap kali pengulangan pembacaan pasti muncul isi (kata kunci) penting yang seolah-olah tak ada waktu pembacaan kali pertama.

Tak cukup dengan itu,

saya ringkaskan ketiga-tiga karya itu ke dalam bentuk peta minda.

Dah jadi peta minda,saya paksa otak saya berfikir bagaimana nak aplikasikan

dapatan peta minda itu ke dalam projek X.

Bukan senang rupanya nak gabung jalin ilmu baharu.

Lebih-lebih lagilah apabila nak guna pakai ke dalam projek X.

Sebelum ini saya sangkakan yang saya dah curahkan segala yang saya ada.

Hakikatnya ialah projek X kehilangan 3 benda paling besar.

Mesejnya juga kurang jelas.

Siapa bakal klien impian juga masih kabur.

Jalan-jalan nak sampaikan mesej kepada klien impian juga masih samar.

Kalau suasana sekeliling masih berkabus,bagaimana nak sampai ke destinasi?

Saya patah balik dan mengolah kembali projek X itu.

Pada asalnya hanya ada 5 fail PDF dan rakaman audio 9 bab selama 359 minit.

Saya tambah lagi menjadi 8 fail pdf.3 video bonus.Buku kerja 36 halaman.

Tak cukup dengan itu,saya juga ikhtiar meringkaskan audio 359 minit itu ke dalam bentuk 11 peta minda.

Sehingga kini, saya masih berusaha menambah nilai kepada projek X ini.

Tak tahulah,bila saya akan berhenti.

Hari ini (10/8/2020) merupakan hari ke-145 bermulanya PKP (perintah kawalan

pergerakan) sehingga fasa PKPP (perintah kawalan pergerakan pemulihan).

Bermula 15 Januari 2020,saya sudah melakar sebanyak 742 halaman kertas A4.

390 halaman berkisar tentang aktiviti yang saya lalui setiap hari.

Daripada celik mata bangun pagi sehingga pejam mata di malam hari.

252 halaman lagi seputar bagaimana saya menghidupkan semula projek X melalui contengan tangan peta minda,suntingan digital dan senarai tindakan yang perlu.

Kesemua ini merupakan ikhtiar,strategi dan dapatan daripada 3 kitab agung yang disebutkan di awal tadi.

Untuk makluman anda,742 halaman A4 ini tersimpan kemas di dalam 3 buah fail.

Semakin lama menekuni,barulah saya sedar bahawa mustahil saya hidup untuk selama-lamanya di atas dunia sementara ini.

Mungkin saya mati kemudian,anda yang membaca ini mati dahulu.

Mungkin anda yang membaca ini mati dahulu,saya mati kemudian.

Mudah-mudahan projek X ini boleh diambil manfaat oleh kalian semasa hidup sehingga selepas ketiadaan saya kelak.

Syazli Khamis

PKP Datang Lagi